pagi yg indah dan ceria sbb 2 budak bertuah pergi umah ngasuh tanpa sebarang drama swasta. hehehe syukur ya Allah. Ibu pun senang ati.
ok hari ni sudah setengah ratus hari Sofi di dunia nan fana ini. saja buat ayat sbb nk bg n3 pjg sket ;). baby Sofi yang bermaksud suci bersih tu dh pandai menyembang cara dialah dan dh pndi senyum2. lagi seploh hari Sofi genap 2bln. kejap je rasa. aritu msa dlm pantang ya Allah lamanya rasa. mmg penantian suatu penyeksaan.. so jgn nanti2 jgn tunggu2. wat xtau saja. eh.. :)

Sarah Sofina nama last minit dipersetujui ibu n ayah. asalnya nak letak nma lain, cancel sebab abg sy (seorg ustaz) kata xde makna. bila bgtau ramai je guna dan dlm buku pun ada. dia kata skrg mmg bleh je semua, klu ikut betul beserta huruf jawi xbleh. okla dh ada yg kata xbleh so xjadikla guna nama itu. nama apa? biarla rahsia.. pastu come out dgn beberapa nama lagi tapi mcm xsyok panggil di ngan nama tu. so xdaftar2. last2 hubby pi beli buku carik punya carik dptla gabungan Sarah Sofina. yg tu cam puas hati ja so okla tutup buku dh mls nak carik lagi. tggl daftar je xbleh lagi sebab sijil nikah tinggal kat kk. boleh? huhu. nasib masa hubby balik sana terus pos sijil tu ke sp, esoknya genap 14 hari (nasib xkena denda) adik sy yg baik hati nan rajin pegi daftarkan. punyala bangga ada nama dia sekali dlm surat beranak sofi. hehe.
Mulanya nak letak juga nama yg ada Damia or Irdina. pastu hubby cakap xvariety. dia nak kalau bleh dlm family ada mcm2. skrg dh ada kebijakan dan keberkatan kami, ada pemimpin tinggi darjat dan latest ada kesucian dan kebersihan kami. pasni apa plak? ohh belum mahu pk... hehhe apapun Ayah dan Ibu doakan anak2 semua membesar menjadi anak yg soleh dan solehah. Amin Teringat ayat sy baca kat mana ntah 'kita besarkan anak2 bukan mengikut apa yg kita inginkan tapi sebagai menjaga suatu amanah dr Allah'. lebey kurang gitulah. so bila nak menjaga amanah dr Allah ni mmg besar dan mcm2 tanggungjawab kita. saya sendiri berusaha sebaik mungkin ke arah itu terutama dr segi menjadi Ibu yg penyabarrr dan berilmu dlm mendidik anak2. ni kurang ilmu lagilah smpi kekdg bertukar menjadi singa. huhuhu malu kt singa ;)
No comments:
Post a Comment